Jam KeKanan - Ini Bukan Jam Biasa
Zurina Zakariya, 36, kasihan melihat suaminya, Sufian Abdul Rahman yang sudah
bertahun-tahun menderita sakit lelah. Kadang-kadang geram juga melihat dia
menyedut asap rokok tak putus-putus. Bukan Apa, Zurina bimbang penyakit suaminya
itu bertambah parah.
Zurina malas nak bercakap soal rokok kerana ia akan menjadi punca
pertengkaran. Tidak cukup dengan itu resdung Sufian pula semakin menjadi-jadi.
Pantang terbau tumisan berbelacan, bersinnya memanjang. Kekadang berlarutan
hingga sukar bernafas.
Makan ubat….emmmmhhh….itu bukan cara Sufian. Biar sakit melarat, makan
ubat tidak sekali. "Malas," hanya itu katanya apabila disuruh Zurina.
Yang membuatkan Zurina naik angin ialah setiap kali pulang dari pejabat
Sufian sering mengadu seluruh sendinya sakit.
"Rin, pinggang I sakit. Kadang-kadang sakit kat sini lepas tu kat sini,"
Sufian menunjuk-nunjukkan tulang belikat dan lututnya.
Nak suruh suaminya makan ubat dia sudah tahu apa jawapannya. Kerana itulah
dia hanya mendiamkan diri.
Lama-kelamaan kesian juga tengok suami sakit. Lalu suatu hari dia teringatkan
cara terbaik ‘mengajar’ kedegilan Sufian. Ya, jam tangan rekaan pakar terapi
getaran warna, Dr. Norhisham Wahab.
Dia pernah mendengar bahawa jarum jam ciptaan doktor itu bergerak kekanan,
bukan ke kiri seprti jam biasa. Dia juga tahu jam tersebut boleh bertindak
sebagai penyembuh penyakit. "Suruh makan ubat tak nak, tapi bising. Sakit
itulah….inilah," Zurina berleter lalu menghulurkan jam yang baru dibeli
itu kepada suaminya.
Sufian terpinga-pinga menyambut jam pemberian Zurina. Untuk seketika pening
kepalanya membaca nombor yang bermula dari kanan ke kiri.
"Buat apa pakai jam, I sakit badan bukannya nak tengok jam," Sufian
membantah dengan suara meninggi.
"Ini bukan jam biasa bang, ini jam ajaib tau! Boleh sembuhkan banyak
penyakit, dibuat khas untuk orang yang malas makan ubat macam abang,"
Zurina separuh mengusik walaupun dia sendiri tidak tahu apa yang akan berlaku.
Hari pertama memakainya Surfian rasa pening-pening dan mabuk. Tu baru tanda
awal, belum tau lagi esok-esok macam mana," Zurina menjawab apabila Sufian
mengadu keadaannya.
Setelah seminggu memakainya, Sufian tiba-tiba sakit kepala dan muntah-muntah.
Tersembur darah berketul-ketul dari mulutnya.
"Ni semua kau punya fasal. Pakai jam untuk baik konon. Habis paru-paru
aku berlubang, ini semua jam punya hal. Aku tak nak pakai benda ni," ugut
Sufian.
"Tak apa nanti I tanya doktor," Zurina cuba menenangkan Sufian.
Zurina sebenarnya naik panik kerana dia tidak menduga sampai ketahap itu
perubahan yang berlaku. Tergesa-gesa dia menelefon Dr. Norhisham.
"Sufian muntah darah! Ada nanah keluar dari hidung juga,"
"Darah hitam ke merah?" tanya doktor.
"Merah, berketul-ketul," terang Zurina.
"Ini petanda baik, penyakit-penyakit lama keluar," tambah doktor.
Menurut Dr. Norhisham Wahab, resdung yang dialami Sufian adalah punca utama
hidungnya bernanah. "Muntah darah , menandakan terdapat benda asing dalam
darahnya seperti racun, toksik daripada makanan dan ubat-ubat kimia. Kesan
paling menakjubkan Sufian akan berhenti merokok selepas memakai jam ini,
tengoklah nanti," kata Dr. Norhisham Wahab.
"Banyak lagi penyakit boleh disembuhkan dengan jam ini – daripada
masalah tak boleh tidur hinggalah penyakit kronik yang melibatkan saraf. Malah
penyakit parkinson yang paling teruk pun pernah disembuhkan melalui pemakaian
jam ini, insya-Allah. Apa lagi penyakit lain seperti halusinasi, saka dan
gangguan jin mudah sangatlah," tambah Dr. Norhisham Wahab.
"Gangguan itu adalah benda asing yang bukan semula jadi ada dalam badan
kita. Jam ini berfungsi untuk menyingkirkannya dan memulihkan perjalanan darah
serta keseimbangan tenaga dalam badan," jelas Dr. Norhisham lebih lanjut.
"Saya pernah merawat seorang pesakit Parkinson yang teruk, bukan setakat
anggota badan terketar-ketar tetapi lebih daripada itu. Pesakit saya ini boleh
bangun menari tiba-tiba tanpa henti selama satu jam. Otaknya sudah hilang
kawalan terhadap pergerakan anggota badan.
"Apabila saya pakaikan jam, dia tidak lagi terketar-ketar dan boleh
mengawal pergerakan. Ini kerana jam itu telah menstabilkan sistem kelenjar dalam
tubuhnya," cerita Dr. Norhisham Wahab.
Selain itu Dr. Norhisham mengingatkan cara pemakaian jam juga perlu betul
kerana ia akan mempengaruhi sifat semula jadi seseorang.
Menurutnya, lelaki mestilah memakainya pada tangan kanan. Jika dipakai pada
tangan kiri, lelaki itu akan berperangai seperti perempuan, emosional dan
sebagainya. Namun apabila dipakaikan disebelah kanan ia akan menguatkan lagi
sifat kelelakian serta membuang sifat-sifat buruk seperti panas baran, stress
dan tidak sabar.
"Perempuan pula kena pakai di tangan kiri. Jika tersalah pakai dia akan
berperangai lebih lelaki daripada lelaki," terang Dr. Norhisham Wahab.
Namun demikian Dr. Norhisham meletakkan syarat kepada pemakaian jam tersebut.
Bagi pesakit jantung dan buah pinggang yang telah menjalani pembedahan dan
pemasangan pacemaker (bateri) ia dilarang sama sekali menggunakannya.
"Jam ini telah dirakamkan dengan gelombang elekkromagnetik yang
berfungsi untuk menolak benda asing di dalam badan. Dan bateri itu adalah benda
asing, jadi jam ini akan mematikan fungsi pacemaker secara tiba-tiba.
"Mungkin si pemakai boleh maut jika diteruskan pemakaiannya,"
terang Dr. Norhisham Wahab.